Flashback

Since dah banyak kali kejadian hp rosak lalu semua gambar dan video hilang, maka mami mengambil inisiatif memblog semua video yang ada dalam phone.
(wahhh panjangnya mukadimah semput nak baca hahah)

So, thiz iz video adik aqil masa umur 3 bulan. Dah pandai senyum2 mewek.

Mungkin lepas ni makin banyak video muncul dalam blog sebab mami macam agak ketagih memvideo kahkahkah.

Jyaa, enjoiissu

20 TANDA BADAN ANDA BERTOKSIK TINGGI

CUBA KUIZ :

1) Saya selalu merasa lemah, letih dan tidak bersemangat.

2) Saya mempunyai masalah untuk fokus dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu.

3) Saya mudah mendapat selsema

4) Saya kadangkala mengalami masalah nafas berbau.

5) Hidung saya selalu merasa tersumbat dan berkahak

6) Saya mempunyai masalah bau badan yang kurang menyenangkan sekiranya tidak menggunakan deodorant.

7) Saya kerap merasa kembung, ‘angin’ atau penghadaman yang tidak baik terutamanya selepas makan.

8) Saya mempunyai lingkaran gelap dibawah mata atau ‘eye bag’

9) Saya mudah mendapat alahan atau allergi, eczema, jerawat atau psoriasis.

10) Saya mempunyai masalah berat badan yang susah nak diturunkan.

11) Saya kadangkala tidak membuang air besar setiap hari

12) Saya kerap sakit-sakit badan.

13) Saya selalu mengalami masalah bengkak atau sembab.

14) Nak bangun pagi pun rasa letih sangat, walhal cukup tidur.

15) saya kuat makan. Craving makanan manis je

16) Period saya pun kadang datang, kadang tak datang. Bercelaru. Rasa tak macam perempuan normal kadang-kadang.

17) saya Kencing pun tak lawas. Kalau terbatuk tu kadang2 terkencing sekali.

18) Kepala saya pun asyik sakit je. Migrain.Kerja banyak. Mudah Stress.

19) Kulit saya pun dah nampak kusam.Kedut-kedut halus dah mula ada.

20) saya susah nak tidur malam/insomnia

Sumber : Blog Master Doktor Marlinda binti Ali Pengamal perubatan Am, Penuaan sihat & estetik

So, korang dah buat test toksin? Berapa jawapan YA korang?

Jika jawapan YA anda lebih dari 10, maka korang wajib buat detox.

Kenapa? Kak imm ulas dalam video.

Kontek kak imm dekat whatsapp ye, 0179191671

#RasaMacamCikguBiologi

Kisah emas kita

Sebelum ni, kalau orang sebut jongkong emas kak imm terus terbayang emas petak saiz batu bata.

Usahkan nak simpan, nak imagine pun takut2 sebab mindset kite, emas ni mainan orang kaya2. 

Kite ni tak layak, maklumlah tahap marhaen makan kangkung saja.

1st time kak imm tengok dan pegang emas keping 1gram bila umi tunjuk emas simpanan matpayet the pilot. Orang baru hantar katanya.

Dalam hati bermonolog, wahh emas keping2 nipis camni pun wujud juga ya.

Sedikit demi sedikit hidayah untuk menyimpan emas mula meresap dalam jiwa. 

Dari detik tu lah kak imm mula study pasal emas. Baru tau, “emas keping2 nipis” tu pun orang panggil goldbar aka jongkong emas juga rupanya.

Emas keping2 nipis ni sekitar RM 200 lebih saja harganya. Kalau macam tu, aku pun mampu simpan emas, detik hati ini mula teruja.

Akhirnya, ogos 2015, kita pun jadi penyimpan emas secara rasminya.

Terima kasih kepada mentor emas Nur Zulaikha. Sentiasa sudi melayan order dan karenah kita.😂

Target sekarang, bukan setakat nak jadi penyimpan emas saja, kalau boleh nak jadi pembayar zakat emas juga.

InsyaAllah, doakan dipermudahkan semuanya ya.

Korang ada kisah emas? Jomlah kongsi, sebarkan inspirasi kepada semua.

Kak imm, 017.9191.671

Winter sonata di pantai senok

Dah bertahun orang dok share gambar “berwinter sonata” kat pantai senok, kite yang dok dekat ni baruu sampai haha.

Dekat sangat rumah kite rupanya, 5 km je. So weekend lepas kami pun pergilah Pantai Senok ni.

Tempat ni glemer sebab ada kawasan pokok rhu yang saaangaattt luas. 2 ekar lebih kot. Tersusun elok je, so memang suwitt sangatlah kalau nak ambil gambar feeling winter sonata ty, just xde snow je lah hihi.

Kami sampai semalam cuaca mendung nak hujan, so gambar pun macam kabur lah sikit.


So, tempatnya cantik, tapi sayangnya banyak sampah. Sedih kan. 

Sape nak berkunjung bolehlah datang ke Kampung Pantai Senok, Wakaf Aik. 

Adik aqil 11 bulan

Wah wah wahh lame pulak tak tulis kat sini. Maklumlah akhir tahun, banyak YES, maka bizilah kite. Bukan sebagai pembeli, tapi penjual. Hihi Alhamdulillah rezeki Allah bagi.

Nak update pasal adik aqil sebenarnya. Lusa genap 11 bulan.

Seperti yang dijangka, aqil punya 1st step awal berbanding kakaks. 10 bulan 20 hari dah berjalan 2,3 langkah.

Beria ayah belikan kasut baru, sekali anak teruna dia taknak pakai hahahha. Memang menjerit2 sekuat hati bila dipakaikan kasut.

Aiishh adik ni, tak hemsem la taknak pakai kasut.

Satu je yang lambat compare to kakaks, adik aqil belum tumbuh gigi haha. Takde tanda2 gigi nak keluar pun huhu.

Walaupun takde gigi, mulut pun dah bising sangat. Dah pandai panggil “memme”. Hihi bangga mami sebab adik pandai panggil mami dulu sebelum ayah. Hahahha. Mami siap record video lagi.

img_20161209_174417

Okeh, mami nak tidur dah, doakan mami rajin update blog pasni hihih.

Rakan2 nak beli produk shaklee atau produk emas fizikal, boleh kontek mami dekat 0179191671 ye.

Mata ne.